Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salib kristian.

Panglima Salahuddin menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh kristian selama 90 tahun dapat dibebaskan.

Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh.Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah 'Takiyah' atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin.Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah.Pada waktu kewafatan pahlawan dan pemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali.Orang-orang besar dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama mengalirkan air mata.Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.

Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan rakyat.Sehingga untuk membeli kain kafan pembalut jenazah si panglima pun tidak ada langsung. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja yang ada di bawah taklukan Salahuddin bersepakat untuk mengutip derma di antara mereka untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi.

Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Kereta

Projek Katil DIY

Kabinet Dapur DIY Eksperimen