Projek Katil DIY

Salam....dah lama sangat rasanya tak post dalam blog ni. Kali ni nak cuba la pos projek tak sengaja semasa cuti sekolah hujung tahun lepas. Dah lama rasanya tak bertukang buat perabot. Habis belajar IDE uitm dulu terus tinggal buat perabot. Masa duduk kat Sarawak dulu lagi la tak dapat nak buat apa. Sekarang ni baru terasa macam nak mencuba kembali buat perabot.

Sebenarnya projek ni secara tak sengaja. Kebetulan biras masuk rumah baru dan dia nak buat katil. Jadi saya tolong la buatkan dengan kos ditanggung oleh beliau. Modalnya cuma beli plywood tebal, kayu 1x2 dan skru sahaja.


Prosesnya potong plywood mengikut ukuran yang dikehendaki. Untuk projek ni, 4 keping plywood tebal diperlukan untuk mendapat 1 katil queen dan 1 katil single. Kayu 1x2 pulak sebagai penahan gelegar katil dan juga tiang yang dilekatkan sebelah dalam katil. Maaf gambar tiada. Lupa nak ambil masa buat ari tu.


Berikut adalah gambar-gambar semasa proses membuat katil.


Plywood tebal digunakan sepenuhnya sebagai alas tilam. Di bawah juga diletakkan kayu 1x2 bagi mengukuhkan alas tilam.


Untuk kepala katil, saya guna papan dinding rumah yang bapa mertua saya. Banyak papan yang tak guna, jadi saya mintak sikit untuk buat kepala katil.


Untuk kemasan pulak, biras saya nak cat warna putih sahaja. Saya suka warna putih tapi tak puas hati sebabnya cat tak cukup. Saya suruh biras saya beli lagi cat putih sebab kaler putih tak tebal tapi katanya ok dah tu. Sebab dia kata dia je tengok katil tu. Takpelah, ikut mung la.

Apa-apapun, ni projek tak sengaja dengan peralatan yang terhad. Ada 1 lagi projek kabinet dapur untuk mak mertua saya. Boleh tengok pada nukilan berikutnya. Terima kasih kerana membaca blog yang dah lama tak aktif ni.

Comments

  1. Comey n cute katil tu.. pandai saudara buat.. thanks utk tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...masih belajar lg masa tu. Try & error.

      Delete
  2. potong plywood pakai mesin mcm mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua mesin boleh pakai. Circular saw & jig saw. Untuk mendapatkan potongan yg cantik & tepat elok guna circular saw. Jig saw pun boleh juga tapi agak lambat & mata dia mudah jadi serong. Semasa memotong elok gunakan penahan sebagai guide untuk mendapatkan potongan yang lurus.

      Delete
  3. Hebatnya... Boleh share anggaran kos?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Kereta

Kabinet Dapur DIY Eksperimen