Posts

Showing posts with the label Automotif

Tukar Tayar Kereta Semasa Kereta Bergerak Senget?

Image
LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut. Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget. Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu. Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya. - Agensi

Jenis-jenis Kereta

Image
Memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti anda sendiri, seorang yg gemar berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya. Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta. Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Di sini,  saya senaraikan beberapa pengkelasan sesebuah kereta untuk makluman anada semua. Harap dapat membantu pemanhaman anda tentang jenis-jenis kereta. Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment.   D-segmen Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series. J...