Salam....dah lama sangat rasanya tak post dalam blog ni. Kali ni nak cuba la pos projek tak sengaja semasa cuti sekolah hujung tahun lepas. Dah lama rasanya tak bertukang buat perabot. Habis belajar IDE uitm dulu terus tinggal buat perabot. Masa duduk kat Sarawak dulu lagi la tak dapat nak buat apa. Sekarang ni baru terasa macam nak mencuba kembali buat perabot. Sebenarnya projek ni secara tak sengaja. Kebetulan biras masuk rumah baru dan dia nak buat katil. Jadi saya tolong la buatkan dengan kos ditanggung oleh beliau. Modalnya cuma beli plywood tebal, kayu 1x2 dan skru sahaja. Prosesnya potong plywood mengikut ukuran yang dikehendaki. Untuk projek ni, 4 keping plywood tebal diperlukan untuk mendapat 1 katil queen dan 1 katil single. Kayu 1x2 pulak sebagai penahan gelegar katil dan juga tiang yang dilekatkan sebelah dalam katil. Maaf gambar tiada. Lupa nak ambil masa buat ari tu. Berikut adalah gambar-gambar semasa proses membuat katil. Plywood tebal digunakan sepenuh...
Comments
Post a Comment