Posts

Showing posts from February, 2016

Kabinet Dapur DIY Eksperimen

Image
Kali ni nak saya nak cerita pasal kabinet dapur mak mertua saya. Kabinet ni cuma eksperimen pertama saya. Kabinet ni jugak projek masa cuti sekolah hujung tahun 2015 masa balik cuti ke Terengganu. Sama jugak dengan projek katil diy tu. Kali pertama jugak buat kabinet dapur ni dengan bahan dan peralatan yang terhad. Saya gunakan kayu 1/2x2 sebagai rangka dan plywood putih sebagai body. Kalau ikutkan saya nak pakai bloackboard 18mm je tapi memandangkan kat kuala berang ni saya tak tau kat mana ada jual bloackboard terpaksa la pakai plywood putih tebal 3mm. Untuk buat body tu saya potong plywood tu kemudian tampal pada rangka. Sama jugak dengan rak. Buat rangka dulu pastu tampal plywood putih. Untuk kemasan bahagian rangka tu saya tampal dengan edging warna putih seperti dalam gambar pertama. Kalau kt kedai hardware buat perabot kt kuala terengganu dia panggil "lacing". Macam ni la rupanya bila dah siap pasang bawah table top. Boleh la mentua saya letak baran

Projek Katil DIY

Image
Salam....dah lama sangat rasanya tak post dalam blog ni. Kali ni nak cuba la pos projek tak sengaja semasa cuti sekolah hujung tahun lepas. Dah lama rasanya tak bertukang buat perabot. Habis belajar IDE uitm dulu terus tinggal buat perabot. Masa duduk kat Sarawak dulu lagi la tak dapat nak buat apa. Sekarang ni baru terasa macam nak mencuba kembali buat perabot. Sebenarnya projek ni secara tak sengaja. Kebetulan biras masuk rumah baru dan dia nak buat katil. Jadi saya tolong la buatkan dengan kos ditanggung oleh beliau. Modalnya cuma beli plywood tebal, kayu 1x2 dan skru sahaja. Prosesnya potong plywood mengikut ukuran yang dikehendaki. Untuk projek ni, 4 keping plywood tebal diperlukan untuk mendapat 1 katil queen dan 1 katil single. Kayu 1x2 pulak sebagai penahan gelegar katil dan juga tiang yang dilekatkan sebelah dalam katil. Maaf gambar tiada. Lupa nak ambil masa buat ari tu. Berikut adalah gambar-gambar semasa proses membuat katil. Plywood tebal digunakan sepenuh