Posts

Showing posts from October, 2010

Panduan Menangani Isteri Merajuk dan Mudah Marah

Antara sebab-sebabnya adalah: 1. Kurang Memahami Sifat Antara Satu Sama Lain. Antara personaliti wanita, kaum hawa atau isteri kadangkala tidak suka menyuarakan ketidak puasan hati mereka, tetapi pada masa yang sama mereka mengharapkan si suami memahami ketidakpuasan hati mereka. Isteri akan merasa kecewa jika suami tidak faham apa yang mereka inginkan, sedangkan suami atau kaum lelaki perlukan penjelasan atau mengharapkan sifat terus terang dari isteri bagi mereka perbaiki kesilapan atau kekurangan mereka. 2. Keadaan pre natal depression Sikap isteri diburukkan daripada kesan tekanan akibat kehamilan. Ini membuatkan emosi isteri terganggu dan merasa cepat marah. Apa yang boleh dilakukan ialah: 1. Empati Saudara cuba letakkan diri saudara dalam keadaan isteri yang mungkin sekarang ini dalam keadaan tertekan emosinya disebabkan kehamilan dan pada masa yang sama memendam perasaan akan kesilapan yang mungkin saudara ada lakukan sehingga membuatkan beliau benar-benar tersinggung. Dengan in

Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salib kristian. Panglima Salahuddin menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh kristian selama 90 tahun dapat dibebaskan. Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh.Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah 'Takiyah' atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin.Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat. Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawa

KISAH NABI HUD A.S.

"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya. Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud"

Kisah Nabi Nuh Alaihissalam

Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris. Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah s.w.t. dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul dimana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis laknatullah. Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala iaitu patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan. Berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia

Iblis Laknatullah Membangkang

Iblis laknatullah membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah s.w.t. seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah s.w.t. yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis laknatullah merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah s.w.t.. Allah s.w.t. bertanya kepada Iblis laknatullah:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Iblis laknatullah menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."Kerana kesombongan, kecongkakan dan pembangkangannya

Live Traffic Feedjit

Pernah dengar Feedjit ? Feedjit adalah satu widget untuk melihat pelawat yang datang ke blog atau web kita. Blog saya ni pun ada saya letak Feedjit . Dengan adanya feedjit ni , kita dapat tahu siapa dan dari mana pelawat datang ke blog atau web kita. Feedjit ni ada yang diberi percuma dan ada juga yang berbayar. Saya pakai yang percuma je. Belum pakai lagi yang berbayar. Kalau anda semua nak mencuba boleh la cuba Feedjit sekarang. Jumpa lagi di lain masa, Mutalib live traffic feedjit feedjite live traffic stat counter

Backlinks

Apa itu backlinks? Saya pun baru je nak mengenal apa itu backlinks. Sebenarnya backlinks ni memainkan peranan penting dalam SEO. Tanpa backlinks susah untuk sesuatu webpage hendak mendapat trafik yang tinggi. Backlinks tu ialah gabungan daripada 2 perkataan iaitu back+links bermaksud links yang diletakkan di mana2 laman web atau blog atau forum yang akan akan dihalakan atau dikembalikan ke web yang lain. Contohnya, kita meletakkan links blog orang lain pada sidebar blog kita. Itulah yang dipanggil backlinks. Backlinks amatlah penting dalam pembangunan dunia internet. Ianya adalah untuk meningkatkan trafik masuk ke website kita. Saya pun masih lagi belajar tentang backlinks ni. Nak tau lebih lanjut cuba tengok web ni rezamohyin.com Korang juga boleh belajar dengan rezamohyin ni tentang backlinks. Jumpa lagi di lain masa.. backlinks rezamohyin mymutalib

BILAL DAN PENDERITAANNYA

Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak." Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang Esa)." Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan ag

Bajet Persendirian

Image
Salam kepada semua pembaca. Kat sini saya ada nak berkongsi sedikit tentang bajet bulanan. Semua orang sedia maklum tentang bajet kan? Baru-baru ni pun kerajaan sudah pun membentangkan bajet 2011 yang begitu bermanfaat buat rakyat Malaysia. Moga dengan bajet 2011 itu nanti dapat meningkatkan ekonomi Malaysia. Jadi, saya bukan nak cakap pasal bajet 2011, tapi nak berkongsi tentang satu fail khas untuk pembaca sekalian. File ini adalah dalam bentuk Microsoft Excel. Cuma anda anda boleh masukkan jumlah bajet anda mengikut apa yang anda bajetkan. Semuanya akan dikira secara otomatik. Amat senang dan memudahkan kita untuk mengira bajet. Buat masa ni saya bagi jenis bajet bulanan dahulu. Ada masa nanti saya bagi pulak bajet tahunan. Semua lengkap, cuma isi je jumlah bajet anda dan akan dikira secara otomatik. apa yang penting, ianya percuma daripada saya. Tengok gambar di bawah sebagai contoh untuk pembaca semua. Jadi, dengan adanya bajet ni, dapat la kita merancang perbelanjaan bulanan kita

KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR

Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan Badar. Dia berasa kesal kerana tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal yang demikian dia senantiasa menanti-nanti peluang untuk menyertai peperangan untuk menebuskan apa yang dianggapnya suatu kerugian bagi dirinya. Kesempatan yang dinanti-nantinya itupun tibalah apabila berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya. Anas pun dengan serta merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat kejihadan yang tulin maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang dihadapi mereka berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang mengatasi pihak musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan. Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar sepasukan pemanah-pemanah yang terdiri daripada 50 orang untuk menguasai tentera berkuda pihak musuh yang mungkin menyerang tentera Muslimin dari belakang. Mereka diperintahkan supaya menetap diatas sebuah bukit dibelakang tente

High Paying Keywords for Google Adsense

Di bawah ni adalah diantara keyword-keyword yang mempunyai nilai klik yang tinggi. Kalau dalam blog anda terdapat keyword-keyword seperti di bawah, ianya berpotensi untuk mendapat pendapatan yang tinggi apabila pengguna klik adesense anda. Jadi, cuba la anda letakkan keyword-keyword di bawah dalam blog dan website anda. Mana tahu dapat income yang lebih tinggi berbanding sebelum-sebelum ni. term life insurance quotes mesothelioma treatments equity loan rate equity loan new york personal injury lawyer equity loan rates fixed rate equity loan causes of mesothelioma los angeles botoxchicago personal injury lawyer chicago personal injury attorney lasik new york city new york personal injury lawyer new jersey car insurance new york personal injury attorney chicago personal injury lawyers mesothelioma lawyers atlanta personal injury lawyer new york personal injury lawyers lasik dallas lasik new york whole life insurance quote new york car insurance whole life insurance quotes car insurance i

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif

Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudara Baginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam. Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas ke Taif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima

Hukum pemberian dari sumber haram

Isu hangat wang ihsan di Pulau Pinang yang diberi oleh kerajaan negeri sebanyak RM100 kepada warga emas tetapi dipulangkan dengan alasan tidak sanggup makan wang haram. Setiap hari makin ramai yang pulangkan. Mula jadi persoalan bagaimana dengan gaji kakitangan kerajaan yang mana cukai kerajaan ada yang bersumberkan dari wang judi seperti TOTO,Magnum, Genting dan hasil cukai arak. Begitu juga dengan entiti lain yg terlibat seperti TNB yg supply elektrik, Syarikat air yang supply air juga TM yang menjaga perkhidmatan sistem data diaorang? Dan ramai lagi pihak yang terlibat dengan sumber-sumber haram ni. Company2 ni besar dan dicampur dengan kakitangan kerajaan mahu berpuluh ribu umat Islam yang makan gaji dengan sumber yang haram tu. Isuhangat tak mahu berdikusi cara politik, jadi kita dengar penjelasan dari Ulama Dr MAZA . Lepas tu korang fikir la sendirik.. Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menya

Petua Untuk Mendapatkan Bayi Lelaki atau Bayi Perempuan

Disini ada sedikit info dan diharap menjadi panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang.. Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama 1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman) 2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan 3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah 3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga – utk kepekatan air mani) Tips untuk mendapatkan bayi perempuan : 1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan. 2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak

Theme baru

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian. Dah lama aku tak post sesuatu dalam blog baru aku ni. Kali ni aku baru je abis tukar theme baru. Tengok kt atas tu, kluar Microfinance Empowers, tu adalah iklan layanan masyarakat oleh google adsense. Bile kuar iklan tu secara otomatiknya bile org klik takkan dapat duit. Kalau nak letak google adsense kat blog, blog tu mesti dalam bahasa yang diterima google iaitu bahasa inggeris, kalau blog berbahasa melayu macam aku ni maknanya tak dapat la duit. Itu ari ada sekejap jer kuar kt blog aku ni, google terlepas pandang. Hmm, sebenarnya aku ada banyak nak crita pasal adsense tp tak tau mcm mana nak mula.Takpelah, nnti ada idea aku post crita pasal adsense.

Pahala Bagi Mereka Yang Sabar

Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sabar itu ada tiga:- 1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi. 2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir. 3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjau