Rak Pasang Siap

Dah lama tak update blog ni. Kali ini, masih lagi dengan projek kayu yang saya usahakan. Alhamdulillah, ada beberapa tempahan perabot telah saya dapat siapkan pada tahun ini. InsyaAllah kalau ada masa saya akan masukkan dalam blog ni untuk kita sama-sama belajar membuat perabot. Saya ni pun masih lagi beginner dalam pembuatan perabot walaupun dulu masa di uitm ambil jurusan industrial design yang memberi kesan dalam hidup saya. Kerja perabot ni cuma sampingan saya atas dasar minat bertukang sambil tu boleh dijadikan pendapatan sampingan saya. Walaubagaimanapun, tugas hakiki saya sebagai pendidik akan saya teruskan. Alhamdulillah, dengan adanya bengkel kecil, dapat juga saya buat kerja-kerja kayu yang ditempah.

Berbalik semula kepada posting kali ini. Alhamdulillah, rak pasang siap yang ditempah oleh rakan guru saya berjaya saya siapkan pada tengah bulan januari lalu. Projek yang agak besar ini berjaya disiapkan secara sendirian & dibantu oleh rakan saya. Rak yang menggunakan kayu meranti sebagai struktur utama dan dilekatkan dengan plywood 3mm sebagai body utama.


Rak yang telah disiapkan dan dihantar ke rumah. Kesemuanya ada 5 unit rak yang telah dibuat. Untuk gambar ini, 2 unit atas & bawah dan 1 unit bawah sahaja.


Untuk dibahagian rumah ini, ada 2 unit rak iatu unit atas & bawah dan unit bawah sahaja.


Material pintu yang digunakan adalah menggunakan melamine. Edging aluminium dan built in handle juga aluminium. Kesemua pintu itu saya buat sendiri. Semua pintu tu saya dapat siapkan dalam 3 hari secara berseorangan sahaja. Nanti kalau ada masa saya akan tunjukkan tutorial buat pintu melamine+edging aluminium.


Keadaan rak dibuka dibahagian ini.


Ini adalah struktur utama bagi rak yang saya buat. Tanpa struktur ini, tidak jadilah rak saya. Saya gunakan kayu 1"x2" berketam untuk struktur ni. Kayu ni boleh dapatkan di mana2 hardware.


Struktur utama rak unit bawah sahaja. Apabila struktur telah siap, aktiviti tampal plywood 3mm pula dibuat. Saya gunakan gam putih & ditembak dengan paku menggunkan nail gun.


Sebelum proses finishing dibuat. Bagi proses finishing, saya gosok dengan kertas pasir grid 80, selepas itu gred 220 dan terakhir grid 500. Selesai menggosok, saya mewarnakan mengguna otter gel warna black walnut. Selesai mewarna, saya gunakan sanding sealer. Kemudian yang terakhir saya gunakan clear lacquer


Juga sebelum proses finishing.


Sebuah side table saya buatkan sebagai hadiah kepada tuan rumah. Saya namakan "Floating Side Table" kerana antara tiang & top tu macam tergantung jika dilihat dari atas.

Baiklah cukup setakat ini dahulu posting kali ini. Untuk projek berikutnya saya akan post bila ada kesempatan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Whatsapp/sms/comment posting ini.
Wasalam..

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Kereta

Kabinet Dapur DIY Eksperimen

Projek Katil DIY