Rak Hot Wheels

Cuti sekolah seminggu ni la ada masa untuk saya update blog ni. Line pulak laju kat rumah mertua saya ni. Best la main internet.

Pasal dengan posting kali ini, rak hot wheels yang ditempah khas oleh ustazah di sekolah saya untuk anak kesayangan dia.


Rak berwarna putih menjadi pilihan ustazah. Material yang saya gunakan adalah plywood putih 3mm, plywood biasa 3mm dan blockboard sebagai rangka frame dan ditampal dengan edging pvc.


Plywood biasa 3mm ditampal diantara plywood putih 3mm sebagai bahan utama. Ditampal bersama dengan menggunakan gam putih untuk hasil yang kuat.


Bahagian tepi blockboard sebelum ditampal dengan edging pvc.


Semasa dalam proses fitting. Maaf tiada gambar semasa menampal plywood putih 3mm. Bila dah terlalu khusyuk buat kerja, terlupa nak ambil gambar.

Insya Allah, untuk projek seterusnya saya akan cuba mengambil gambar sebelum sesuatu proses bermula. Jumpa lagi pada projek berikutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Kereta

Kabinet Dapur DIY Eksperimen

Projek Katil DIY