Kabinet Dapur

Dapur adalah nadi utama dalam sesebuah rumah. Tanpa dapur, tak berasap la rumah. Untuk keselesaan sesebuah dapur, kabinet dapur memainkan peranan yang penting untuk menjadikan dapur selesa dan dapat digunakan sepenuhnya. Kabinet dapur yang cantik, kemas dan menarik menjadikan dapur itu kelihatan lebih menonjol.

Untuk kali ini, saya telah menerima tempahan kabinet dapur seperti dalam gambar berikut.


Kabinet dapur ini berukuran 15 kaki untuk kabinet bawah dan 9 kaki setengah untuk kabinet atas.


Material yang digunakan untuk kabinet ini ialah melamine untuk pintu. Manakala untuk body menggunakan blockboard. Pintu kabinet ini dilengkapkan sekali dengan handle aluminium dan aluminium frame disekeliling pintu.


Rak botol yang boleh ditarik keluar telah saya buat khas untuk kabinet ini. Aluminium rod juga digunakan sebagai penghadang untuk menghalang barang-barang daripada jatuh.


Sebanyak 3 buah laci telah saya buat untuk kabinet ini. Untuk laci atas, saya letakkan tray untuk sudu & garfu. Aksesori-aksesori ini banyak dijual di hardware perabot. Pilih sahaja yang anda mahukan.


Ini pula kabinet untuk pinggan mangkuk yang baru lepas dicuci. Besi stainless steel yang tahan lasak & kalis karat.


Inilah rupanya kabinet dapur yang baru sahaja saya siapkan. Dengan bantuan beberapa orang kawan untuk membuat dan memasang kabinet.

Sekian sahaja untuk kali ini. InsyaAllah, ada lagi projek lain, saya akan cuba ceritakan dalam blog ini. Sebarang pertanyaan berkaitan kabinet dapur & perabot hubungilah saya (017-9479575 mutalib) whatsapp atau sms.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Kereta

Kabinet Dapur DIY Eksperimen

Projek Katil DIY