Posts

Showing posts from March, 2017

Rak Hot Wheels

Image
Cuti sekolah seminggu ni la ada masa untuk saya update blog ni. Line pulak laju kat rumah mertua saya ni. Best la main internet. Pasal dengan posting kali ini, rak hot wheels yang ditempah khas oleh ustazah di sekolah saya untuk anak kesayangan dia. Rak berwarna putih menjadi pilihan ustazah. Material yang saya gunakan adalah plywood putih 3mm, plywood biasa 3mm dan blockboard sebagai rangka frame dan ditampal dengan edging pvc. Plywood biasa 3mm ditampal diantara plywood putih 3mm sebagai bahan utama. Ditampal bersama dengan menggunakan gam putih untuk hasil yang kuat. Bahagian tepi blockboard sebelum ditampal dengan edging pvc. Semasa dalam proses fitting. Maaf tiada gambar semasa menampal plywood putih 3mm. Bila dah terlalu khusyuk buat kerja, terlupa nak ambil gambar. Insya Allah, untuk projek seterusnya saya akan cuba mengambil gambar sebelum sesuatu proses bermula. Jumpa lagi pada projek berikutnya.

Rak Pasang Siap

Image
Dah lama tak update blog ni. Kali ini, masih lagi dengan projek kayu yang saya usahakan. Alhamdulillah, ada beberapa tempahan perabot telah saya dapat siapkan pada tahun ini. InsyaAllah kalau ada masa saya akan masukkan dalam blog ni untuk kita sama-sama belajar membuat perabot. Saya ni pun masih lagi beginner dalam pembuatan perabot walaupun dulu masa di uitm ambil jurusan industrial design yang memberi kesan dalam hidup saya. Kerja perabot ni cuma sampingan saya atas dasar minat bertukang sambil tu boleh dijadikan pendapatan sampingan saya. Walaubagaimanapun, tugas hakiki saya sebagai pendidik akan saya teruskan. Alhamdulillah, dengan adanya bengkel kecil, dapat juga saya buat kerja-kerja kayu yang ditempah. Berbalik semula kepada posting kali ini. Alhamdulillah, rak pasang siap yang ditempah oleh rakan guru saya berjaya saya siapkan pada tengah bulan januari lalu. Projek yang agak besar ini berjaya disiapkan secara sendirian & dibantu oleh rakan saya. Rak yang menggunakan ka