Posts

Showing posts from January, 2011

Imam Hambali Tidak Mahu Menerima Pemberian Orang Lain

Pada suatu hari Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama-sama teman-temanya. kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan bekalan dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama Hamdan bin Sinan Al-Wasity yang kebetulan orang berada. Rombongan itu menceritakan keadaan mereka kepada Hamdan bahawa mereka dalam musafir yang kehabisan bekalan. Hamdan simpati ke atas mereka dan memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu menerima bahkan beliau mengeluarkan sehelai bajunya dan berkata: "Siapa yang mahu menjualkan baju ini, akan kuberi hadiah." Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada Imam Hambali, namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual baju yang dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata: "Dia adalah seorang yang soleh dan tidak suka menerima pemberian sedikit pun." Kini Hamda

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011 saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya ni. Moga tahun baru 2011 ni akan memberikan anda banyak ruang dan masa untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik dan sempurna yang masih belum ditunaikan pada tahun 2010 lepas. Semua orang ada azam tahun baru. Saya sendiri pun ada azam baru, tapi tak boleh la cerita, hehe. Apa-apa pun, tidak kisahlah azam apa, yang penting anda dapat tunaikan dan jalankan azam yang anda mahu itu. Tahun ini, saya akan cuba untuk mempertingkatkan lagi isi kandungan blog saya ini. Jiakalau anda ada cadangan boleh la beritahu saya. Sekian untuk kali ini. Terima kasih.