Posts

Rak Hot Wheels

Image
Cuti sekolah seminggu ni la ada masa untuk saya update blog ni. Line pulak laju kat rumah mertua saya ni. Best la main internet. Pasal dengan posting kali ini, rak hot wheels yang ditempah khas oleh ustazah di sekolah saya untuk anak kesayangan dia. Rak berwarna putih menjadi pilihan ustazah. Material yang saya gunakan adalah plywood putih 3mm, plywood biasa 3mm dan blockboard sebagai rangka frame dan ditampal dengan edging pvc. Plywood biasa 3mm ditampal diantara plywood putih 3mm sebagai bahan utama. Ditampal bersama dengan menggunakan gam putih untuk hasil yang kuat. Bahagian tepi blockboard sebelum ditampal dengan edging pvc. Semasa dalam proses fitting. Maaf tiada gambar semasa menampal plywood putih 3mm. Bila dah terlalu khusyuk buat kerja, terlupa nak ambil gambar. Insya Allah, untuk projek seterusnya saya akan cuba mengambil gambar sebelum sesuatu proses bermula. Jumpa lagi pada projek berikutnya.

Rak Pasang Siap

Image
Dah lama tak update blog ni. Kali ini, masih lagi dengan projek kayu yang saya usahakan. Alhamdulillah, ada beberapa tempahan perabot telah saya dapat siapkan pada tahun ini. InsyaAllah kalau ada masa saya akan masukkan dalam blog ni untuk kita sama-sama belajar membuat perabot. Saya ni pun masih lagi beginner dalam pembuatan perabot walaupun dulu masa di uitm ambil jurusan industrial design yang memberi kesan dalam hidup saya. Kerja perabot ni cuma sampingan saya atas dasar minat bertukang sambil tu boleh dijadikan pendapatan sampingan saya. Walaubagaimanapun, tugas hakiki saya sebagai pendidik akan saya teruskan. Alhamdulillah, dengan adanya bengkel kecil, dapat juga saya buat kerja-kerja kayu yang ditempah. Berbalik semula kepada posting kali ini. Alhamdulillah, rak pasang siap yang ditempah oleh rakan guru saya berjaya saya siapkan pada tengah bulan januari lalu. Projek yang agak besar ini berjaya disiapkan secara sendirian & dibantu oleh rakan saya. Rak yang menggunakan ka

Kabinet Dapur Simple

Image
Untuk kali ini, projek kecil-kecilan kabinet simple untuk rakan saya. Kabinet ni urgent. Terpaksa buat dengan cepat. Boleh tengok gambar di bawah untuk rujukan. Material yang digunakan ialah blockboard untuk struktur utama (body). Manakala material untuk pintu saya gunakan melamine dan ditutup dengan aluminium frame untuk tepi pintu dan handle di bahagian atas pintu. Gambar kabinet dah penuh dengan barang-barang. Untuk tempahan hubungi saya. 017-9479575 mutalib.

Rustic Shelving Display & Key Holder

Image
Kali ini saya cuba pulak membuat projek kecil-kecil yang simple. Mereka-mereka yang tak pandai bertukang pun boleh buat benda ni.  Ada dua benda saya buat untuk projek kecil kali ni. Yang pertama ialah "Rustic Shelving Display" & "Rustic Key Holder & Shelving". Rustic shelving display ini adalah untuk meletakkan barang2 hiasan kita kat rumah. Gambar ni adalah di rumah saya. Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya. Kayu apa saya tak tau lah...hehe. Kayu ni saya minta dari rakan guru saya. Kayu lebihan projek keceriaan kelas dia. Finishing pula saya gunakan seamaster woodstain. Cat lebihan sebelum ni. Ada banyak lagi cat ni . Cara menggantung kat dinding saya gunakan "L" kecil yang panjangnya 2cm. Bagi key holder ni, saya gunakan kayu pallet biasa sahaja. Cuma perlu gosok kayu tu sampai licin. Potongan kayu tepi tu pulak saya potong guna jig saw. Kemudian cantumkan kayu-kayu yang dipotong tu guna gam putih & nail gun. Ca

Kabinet Dapur

Image
Dapur adalah nadi utama dalam sesebuah rumah. Tanpa dapur, tak berasap la rumah. Untuk keselesaan sesebuah dapur, kabinet dapur memainkan peranan yang penting untuk menjadikan dapur selesa dan dapat digunakan sepenuhnya. Kabinet dapur yang cantik, kemas dan menarik menjadikan dapur itu kelihatan lebih menonjol. Untuk kali ini, saya telah menerima tempahan kabinet dapur seperti dalam gambar berikut. Kabinet dapur ini berukuran 15 kaki untuk kabinet bawah dan 9 kaki setengah untuk kabinet atas. Material yang digunakan untuk kabinet ini ialah melamine untuk pintu. Manakala untuk body menggunakan blockboard. Pintu kabinet ini dilengkapkan sekali dengan handle aluminium dan aluminium frame disekeliling pintu. Rak botol yang boleh ditarik keluar telah saya buat khas untuk kabinet ini. Aluminium rod juga digunakan sebagai penghadang untuk menghalang barang-barang daripada jatuh. Sebanyak 3 buah laci telah saya buat untuk kabinet ini. Untuk laci atas, saya letakkan tray

Rak Pancing Serbaguna

Image
Kebanyakan orang lelaki pasti suka memancing. Memancing dapat memberikan kepuasan kepada jiwa seseorang. Apatah lagi jika mendapat ikan yang besar. Jika seseorang pemancing tegar pastu mempunyai joran dan mesin yg banyak dan pelbagai jenis. Jadi untuk kali ni, saya cuba membuat sebuah rak pancing serbaguna untuk pemancing tegar iaitu kawan saya jugak. Dia yang meminta untuk membuatkannya sebuah rak pancing seperti dalam gambar. Rak pancing ni menggunakan material blockboard sebagai bahan utama. Ini kerana permukaan blockboard berwarna putih sesuai untuk digunakan pada bahagian dalam rak. Manakala bahagian luar rak tiada lapisan lain digunakan. Hanya dicat dengan woodstain untuk kemasan. Rak pancing ini mempunyai dua buah laci dan sebuah ruangan berpintu unyuk menyimpan mesin pancing yang tidak digunakan. Bagi rekaan ini, sebanyak 10 batang joran boleh disimpan. Oleh itu, joran akan menjadi lebih selamat dan tahan lama. Inilah rupanya apabila semua laci dan pintu ditu

Wall Floating Shoes Rack

Image
Kali ni nak cerita pasal kabinet rak kasut pulak. Gambar yang kat bawah ni rak yang dah siap dipasang. Rak kasut ni jenis gantung kat dinding. Buat atas permintaan pelanggan (kawan jugak). Kalau tak nak gantung kat dinding pun boleh jugak. Terpulang kepada individu tu sendiri. Material yang digunakan ialah blockboard dan melamine. Untuk body saya gunakan blockboard. Untuk pintu saya gunakan melamine bercorak kayu. Gambar semasa peoses pemasangan. Gambar semasa percubaan pemasangan. Tujuannya supaya perabot yang dibuat mengikut ukuran kita. Proses cubaan pemasangan. Blockboard yang telah siap dipotong. Testing pintu. Dipotong menggunakan jig saw. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekarang tengah buat projek lain. Projek yang bertangguh masa cuti sekolah bulan 3 baru-baru ni. Insya Allah kalau rajin akan diceritakan dalam blog ni.